Isteri Daler Yusuf Terpaksa Jalani Pembedahan ‘Emergency C-Section’-“Doktor Risau Kalau…”

Pelakon dan model, Daler Yusuf sebelum ini pernah berkongsi khabar gembira di media sosial mengenai isterinya, Sakinah Burikul yang disahkan hamil pada Disember lalu.

Walaubagaimanapun, ujian menimpa pasangan ini apabila Sakinah mengalami pendarahan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Naluri Wangsa Maju. Kuala Lumpur.

“Sakinah Ada Bleeding Sikit, Perut Dia Sakit..”

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Daler menerusi hantaran di Instagram yang menyatakan bahawa pihak doktor masih melakukan pemeriksaan pada kandungan isterinya yang sudah mencecah 36 minggu itu.

“Assalamualaikum semua, pagi tadi isteri saya Sakinah ada blee ding sikit, dan perut dia sakit. Sekarang kami berada di hospital. Baby baru 36 minggu (due date 14th April). Doktor tengah check. Tolong doakan baby kami di bulan yang mulia ini.”-tulis Daler di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Daler Yusuf (@daleryusuf)

Terpaksa Jalani Pembedahan ‘Emergency C-Section’

Daler menerusi hantaran terkini, turut berkongsi keadaan isterinya yang terpaksa menjalani pembedahan ‘Emergency C-Section’ disebabkan kebimbangan pihak doktor terhadap keadaan bay yang akan tidak stabil jika menunggu dengan lebih lama.

“Minta tolong doakan utk baby kita. Lepas check up, doktor kata kena buat emergency C-section sebab bukaan dah 3cm , kepala baby masih dekat atas, dan air ketuban agak kurang .

Doktor risau kalau tunggu makin lama takut jantung dan keadaan baby jadi tak stabil . Moga Allah permudahkan urusan kami dan minta jasa baik semua doakan yg baik2 di bulan Ramadhan ni .”-kongsi Daler

View this post on Instagram

A post shared by Daler Yusuf (@daleryusuf)

Netizen Titip Doa!

Perkongsian Daler itu dihujani dengan komen netizen yang rata-ratanya dilihat menitipkan doa buat ibu serta bayi di dalam kandungan agar sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Semoga ALLAH SWT kurniakan kesembuhan & kesihatan yang baik buat Sakina… Aamiin Aamiin Aamiin Yaa Rabb.”-Anuar Zain

“Moga Allah permudahkan segala urusan dan beri ibu dan baby kesihatan yang baik.💐.”

“She will be in my prayers aminnnn hope she gets well soon.”

Terdahulu, Daler pernah mengejutkan netizen di media sosial selepas membuat pendedahan mengenai dirinya yang telah mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun yang lalu.

Pendedahan itu dibuat selepas mengumumkan berita kehamilan isterinya, Sakinah Burikul pada Disember lalu.

The post Isteri Daler Yusuf Terpaksa Jalani Pembedahan ‘Emergency C-Section’-“Doktor Risau Kalau…” appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.