Kartel dadah makin ganas

Mexico: Kartel dadah kini semakin mengganas apabila menyasarkan kediaman pegawai polis untuk mengugut dan membunuh mereka, berdasarkan satu laporan terbaharu.

Menerusi laporan New York Post, kartel Jalisco kini sedang giat mengesan anggota pasukan keselamatan elit yang dikenali sebagai Pasukan Taktikal di Guanajuato, tengah Mexico.

Kartel berkenaan juga turut mencetak gegantung yang digantung di bangunan sekitar Guanajuato.

“Jika anda mahu berperang, anda akan dapat. Kami sudah tahu di mana anda berada. Nantikan kedatangan kami,” amaran yang ditulis kartel pada gegantung berkenaan.

Kartel itu juga memberi amaran akan membunuh dua anggota pasukan taktikal itu dengan setiap penahanan anggota mereka oleh pihak berkuasa.

Selain itu, kartel berkenaan juga sudah mula menculik anggota pasukan taktikal dan mendesak mereka untuk mendedahkan alamat rumah pegawai atasan.

Pegawai rasmi kerajaan masih tidak dapat mengesahkan jumlah anggota keselamatan yang sudah terbunuh.

Namun, agensi media Poplab memaklumkan sekurang-kurangnya tujuh pegawai polis sudah dibunuh sepanjang tahun ini.

Pembunuhan terbaharu berlaku pada 27 Mei lalu apabila seorang pegawai polis diculik, dibunuh sebelum mayatnya dibuang di lebuh raya.

Namun, kejadian paling mengejutkan berlaku pada Januari lalu apabila kartel datang ke rumah seorang pegawai polis wanita.

Suaminya dibunuh dan pegawai terbabit dilarikan selain diseksa, sebelum mayatnya ditemukan dalam keadaan dipenuhi kesan peluru.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.