Kelindan lori maut selepas tercampak

[email protected]

LIPIS: Kelindan maut selepas tercampak, manakala pemandu parah selepas lori dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 31, Central Spinal Road (CSR) menghala ke Sungai Merapoh sebelum susur Aur Gading, di sini, semalam.

Kemalangan pada 3 petang itu membabitkan lori jenis Hino yang membawa muatan ikan segar.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata mangsa, Zulkefli Ismail, 48, beralamat di Taman Indera Sempurna, Kuantan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pemandu lori iaitu Muhammad Najib Hamdan, 23, beralamat di Felda Chini Timur 3, Pekan parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lipis.

“Lori terbabit membawa muatan ikan segar untuk dihantar dari Kuantan ke Tunas Manja, Gua Musang, Kelantan.

“Pemandu lori dipercayai mengantuk menyebabkan lori hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan dan terbalik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.