Kes ‘Love Scam’, ‘Parcel Scam’ catat kerugian RM161.9 juta

[email protected]

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,847 kes penipuan cinta ‘Love Scam’ serta kiriman bungkusan atau ‘Parcel Scam’ membabitkan kerugian berjumlah RM161.9 juta direkodkan sejak 2019 hingga semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata bagi tahun ini sehingga semalam, pihaknya mencatatkan 730 kes penipuan itu dengan kerugian RM24.4 juta.

“Sepanjang tahun lalu, kita rekodkan 1,582 kes dengan jumlah kerugian RM58.3 juta.

“Bagi 2019 pula, sebanyak 1,535 kes dicatatkan dengan kerugian RM79.1 juta,” katanya pada sidang media diadakan secara maya di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mohd Kamarudin turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan warga maya atau kenalan baharu terutama yang memberi janji dan kata-kata manis.

“Masyarakat juga diminta tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan telefon, WhatsApp atau pesanan khidmat ringkas (SMS) daripada pihak kononnya kakitangan Kastam dan syarikat kurier yang mendakwa memerlukan pembayaran untuk sesuatu barang.

“Selain itu, jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi perbankan dan membenarkan akaun bank digunakan orang lain,” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi talian hotline JSJK di 03-26101559/03-26101599 atau WhatsApp ke 013-2111222.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.