Kes positif global lebih 163 juta, angka korban cecah 3.4 juta

WASHINGTON: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 163 juta berikutan lebih 500,000 jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaru Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.6 juta kes.

Ia diikuti India dengan lebih 24 juta kes jangkitan coronavirus dan Brazil dengan hampir 15.6 juta jangkitan.

Sementara itu, negara yang melebihi angka lima juta kes adalah Perancis dan Turki, sementara Russia, United Kingdom dan Itali, kes melebihi empat juta jangkitan.

Sepanyol, Jerman, Argentina dan Colombia pula melebihi tiga juta kes sementara Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih dua juta kes.

Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile dan Romania pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.

Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan hampir 600,000 000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 434,000 kematian, India (270,000 kematian) dan Mexico (219,000 kematian) sementara United Kingdom, Itali, Russia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Ukraine, Indonesia dan Turki.

Selain itu, Romania, Belgium dan Kanada mencatatkan lebih 20,000 angka korban sementara kebanyakan negara lain merekodkan angka di bawah 20,000. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.