Keselamatan siber ATM sentiasa dipantau

[email protected]

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memastikan aspek keselamatan dan pertahanan siber daripada sebarang ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, sistem pertahanan siber ATM dipantau setiap masa bagi memastikan sebarang ancaman dapat ditangani sewajarnya.

“Arahan yang dikeluarkan mengenai serangan siber adalah normal praktis kepada aspek peringatan, tindakan dan langkah sewajarnya yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber.

“Ia sebagai langkah menangani apa jua kemungkinan tindak balas serangan siber oleh anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber dan pentadbir sistem siber (ICT) ATM serta Kementerian Pertahanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia susulan tular mengenai arahan dan langkah perlu diambil oleh ICT ATM dan Kementerian Pertahanan yang dikeluarkan Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM (CDOC) semalam.

Selain itu, Affendi berkata, Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta CDOC sentiasa mempertingkatkan aspek keselamatan siber ATM dalam memperkukuhkan rangkaian komunikasi ATM termasuk melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara.

Terdahulu tular notis dalaman yang dikeluarkan oleh CDOC memaklumkan infrastruktur siber ATM kemungkinan menjadi sasaran serangan balas penyokong rejim Zionis Israel ke atas rangkaian dan infrastruktur siber di Malaysia.

ATM mendapati terdapat peningkatan aktiviti serangan balas terhadap infrastruktur siber ATM rentetan pelancaran penggodaman menerusi #OpsBedil dan #OpsIsrael yang dilaksanakan oleh beberapa kumpulan dari Malaysia.

Semalam, Portal warnews247.gr turut melaporkan, menurut maklumat yang disiarkan oleh televisyen Israel, ejen perisikan Israel akan menyerang negara seperti Iran, Turki, Qatar dan Malaysia yang memberi penempatan, membiayai dan melatih pegawai Hamas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.