Kluster Jalan Impian Emas 17, 52 kontak positif COVID-19

[email protected]

JOHOR BAHRU: Seramai 52 individu positif COVID-19 menerusi Kluster Jalan Impian Emas 17, setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata Kluster Jalan Impian Emas 17 adalah kluster komuniti di daerah Johor Bahru membabitkan sebuah surau.

Katanya, kes pertama membabitkan kluster berkenaan dikesan melalui saringan bergejala pada 21 April lalu.

“Siasatan menunjukkan, kes indeks kluster berkenaan kerap menghadiri aktiviti berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih di surau berkenaan.

“Susulan itu, saringan kontak dijalankan membabitkan ahli keluarga, rakan sekerja dan jemaah surau.

“Sehingga semalam, seramai 252 individu sudah disaring, dengan 52 daripada mereka didapati positif dengan tiga kematian dilaporkan setakat ini.

“Tindakan penutupan surau berkenaan dijalankan bermula 24 April 2021 sehingga Ahad lalu.

Ahad lalu, media melaporkan, Imam Surau Al Jawhar, Taman Impian Emas, di sini, disahkan keluarganya meninggal dunia akibat wabak COVID-19, minggu lalu.

Adiknya, Muhammad Zulhilmi Jamaludin, 29, ketika dihubungi, mengesahkan abangnya, Muhammad Nazirul Jamaludin, 32, meninggal dunia kira-kira jam 8 pagi, 28 April lalu.

Muhammad Zulhilmi berkata, beliau dan bapanya, Jamaludin Arif, 60, yang turut positif COVID-19 sedang dikuarantin di sebuah hospital kerajaan negeri ini, sejak minggu lalu.

Sementara itu, Vidyananthan berkata, Kluster Jalan Impian Emas 17 masih di dalam pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Katanya, ia dijangka tamat pada 29 Mei sekiranya tiada kes baharu dilaporkan selepas ini.

“Sehubungan itu, masyarakat diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan ketika menjalankan aktiviti ibadah di bulan Ramadan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.