Kohijrah santuni anggota polis

[email protected]

Shah Alam: Dalam usaha menghargai anggota pasukan keselamatan, Koperasi Hijrah (Kohijrah) Selangor tidak melepaskan peluang menyantuni warga balai polis Sri Muda, di sini, sempena Aidilfitri.

Koperasi berkenaan semalam menyampaikan sebanyak 80 pek berisi kerepek keluaran usahawan dari negeri itu sebagai tanda terima kasih selain meraikan anggota dan bertugas pada 1 Syawal.

Penyerahan dilakukan Pengurus Besar Kohijrah, Mohammad Syukri Ismail kepada anggota yang mewakili ketua polis balai berkenaan, Inspektor Mohammad Firdaus Mohd Khairi.

Mohammad Syukri berkata, sumbangan itu adalah tanda penghargaan atas khidmat bakti pasukan PDRM yang menjaga keamanan di kawasan terbabit.

“Mereka bekerja tanpa mengira masa dan tenaga dengan penuh efektif dan bersungguh-sungguh tambahan pula Wisma Kohijrah turut berada di bawah seliaan Balai Polis Sri Muda,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.