Kontinjen Paralimpik berlepas awal

[email protected]

KUALA LUMPUR: Kontinjen Sukan Paralimpik Tokyo 2020 negara tetap berlepas lebih awal ke temasya berkenaan Ogos depan meskipun situasi COVID-19 ketika itu masih belum reda sepenuhnya.

Sebelum ini, kontinjen Paralimpik muncul sebagai satu-satunya negara yang menerima jemputan bertandang lebih awal ke Jepun menjelang bermulanya temasya berkenaan pada 24 Ogos depan.

Kontinjen negara dijadual ‘berkampung’ di bandar Miyoshi City dengan kontinjen yang diketuai Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin itu dijadual berlepas 8 Ogos ini.

“Kita akan bergerak awal seperti dirancang. Pada mesyuarat terbaru pun, kita memutuskan untuk bergerak awal.

“Namun ia berlandaskan keadaan COVID-19 di Jepun dan Malaysia. Menjadi sesuatu yang baik sekiranya kita dapat pergi lebih awal kerana kita semua sudah divaksin dan ia akan menjadi risiko sekiranya lebih lama berada di Malaysia (pada ketika itu).

“Keduanya, kita tak positif. Sebelum pergi ke sana pun, kita akan melakukan beberapa proses seperti ujian COVID-19 dan sebagainya.

“Jadi, kita akan melalui beberapa proses Prosedur Operasi Standard (SOP) sebelum ke sana. Malah, semua negara pun akan melakukan perkara sama iaitu berada di satu tempat dalam tempoh dua minggu sebelum temasya,” katanya.

Dalam pada itu, Megat turut menjelaskan kesemua atlet yang bakal ke Tokyo nanti kini menjalani latihan secara gelembung sukan berpusat di Majlis Sukan Negara (MSN).

“Mereka berpangkalan di Bukit Jalil. Mereka menjalani latihan secara berpusat supaya MSN dapat memantau mereka dengan lebih mudah dan (fasiliti) di Kampung Pandan ditutup sepenuhnya ketika ini. Jadi, semua latihan dan semuanya akan dijalankan di MSN,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.