KPDNHEP tak pernah lantik ejen KBBM

[email protected]

Putrajaya: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak pernah melantik ejen untuk mengendalikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Ketua Setiausahanya, Datuk HasanolZam Zam Ahmad berkata, KPDNHEP melaksanakan sendiri program dan aktiviti KBBM bagi tujuan hebahan dan promosi dengan kerjasama rakan-rakan strategik termasuk pemain industri, peruncit serta media.

“KBBM juga membantu memajukan projek keluaran usahawan dan industri tempatan serta meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap barangan dan perkhidmatan Malaysia,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Inisiatif KBBM susulan daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang dilancarkan pada 1998.

Hasanol berkata, Kementerian itu menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik, mengiktiraf atau memberi sokongan kepada mana-mana pihak ketiga untuk bertindak sebagai ejen.

Katanya, ia membabitkan pengiklanan sama ada melalui media cetak, media elektronik dan media baharu bagi tujuan pengiklanan dan promosi bawah KBBM.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.