Lelaki ditahan anjur majlis pertunangan dihadiri 20 orang

Labuan: Polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun semalam, kerana dipercayai menganjurkan majlis pertunangan dan dihadiri lebih 20 orang di Kampung Baru Selamat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Ahad lalu.

Ketua Polis Labuan Superintendan Ahmad Jawila berkata, lelaki itu ditahan pada 8.30 malam selepas polis menerima rakaman video berdurasi 14 saat mengenai majlis itu yang tular di media sosial.

“Berdasarkan maklumat awam, kami menahan lelaki itu kerana mengadakan majlis pertunangan semasa PKPB dan boleh dipenjara hingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya,” katanya di Balai Polis Labuan di sini, hari ini.

Ahmad berkata, lelaki terbabit disiasat kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB iaitu kesalahan mengikut Seksyen 260 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sementara itu, beliau berkata polis Labuan merampas 16 motosikal kerana pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai ekzos, tiada insurans dan lesen semasa Op Samseng Jalanan pada 15 Mei lalu.

“Kami turut mengeluarkan 55 saman atas pelbagai kesalahan dan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun kerana menunggang motosikal dengan berbahaya dan membuat aksi ‘wheelie’, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.