Lelaki ditahan buat contengan marah kerajaan

[email protected]

Taiping: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung contengan di beberapa kawasan di Taiping, semalam.

Contengan perkataan lucah itu tular di media sosial sejak kelmarin dipercayai dibuat oleh individu yang tidak berpuas hati kepada kerajaan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pada jam 3.45 petang semalam, pihaknya membuat serbuan di Taman Sungai Mas, di sini, dan menahan seorang lelaki.

“Sewaktu serbuan dibuat, lelaki itu sedang berdiri di hadapan rumah.

“Lelaki itu kemudian menunjukkan peralatan yang digunakan untuk membuat contengan pada dinding bangunan seperti yang tular di media sosial.

“Antara peralatan yang dirampas ialah satu blok tulisan, tin spray dan kenderaan jenis Toyota Avanza,” katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, lelaki itu kini dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.