Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-Zq0U3b.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-Zq0U3b.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

PAS serah siasatan kes Khairuddin kepada polis

[email protected]

Kota Bharu: PAS menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan mengenai kesalahan rentas negeri membabitkan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung perkara itu.

“PAS adalah parti yang akur kepada undang-undang. Apabila dikatakan sesiapa sahaja pemimpin (atau) ahli melakukan kesalahan, kita serah kepada pihak berkuasa.

“Orang yang dituduh itu mempunyai hak bela diri. Prinsip undang-undang adalah seseorang tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pengagihan sumbangan kepada penerima vaksin Parlimen Kota Bharu di pejabatnya di sini, hari ini.

Semalam, polis mengesahkan kenderaan Mohd Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik dilaporkan berkata, siasatan lanjut dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, termasuk dakwaan dan maklumat tular membabitkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.