Pemilik IG safieyillias94, rakan direman 3 hari

[email protected]

Kuala Lumpur: Pemilik akaun Instagram (IG) safieyillias94 yang juga pengasas kosmetik dan rakannya direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, reman dua lelaki berusia 20-an itu bermula hari ini sehingga 13 Jun bagi membantu siasatan polis.

“Kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram safieyillias94 dan pipinatasha bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Bagaimanapun, polis menahan kedua-dua pemilik IG itu semalam susulan satu laporan polis diterima berhubung perbuatan tidak bermoral berkenaan.

Berita berkaitan:

  • Pemilik IG ‘safieyillias94’ ditahan polis
  • Pemilik IG ‘safieyillias94’, ‘pipinatasha’ dicari
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.