Penggodam jual data 279 juta rakyat Indonesia

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 279 juta peribadi rakyat Indonesia digodam dan dijual dalam satu laman sesawang penggodam pada bulan ini saja.

Menurut agensi berita Anadolu, Kementerian Komunikasi dan Maklumat Indonesia, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya sedang menyiasat penjualan data itu dalam laman sosial ‘Raid Forum’.

Difahamkan, data pertama yang terdedah di media sosial adalah milik Agensi Penjagaan dan Keselamatan Sosial atau BPJS Kesihatan.

Jurucakap kementerian, Dedy Permadi, berkata siasatan mengambil masa disebabkan ia kebocoran yang serius dan mereka sedang melihat beberapa aspek bagaimana kebocoran itu berlaku.

“Hasil siasatan akan diumumkan nanti,” katanya yang memberitahu siasatan terperinci terpaksa dijalankan untuk mengesan kebocoran itu.

Sementara itu, jurucakap BJPS Kesihatan, Iqbal Anas Ma’ruf, pula berkata agensi itu turut menyiasat kebarangkalian data itu bocor melalui sistem komputernya.

“Kita sudah menubuhkan pasukan khas untuk mencari punca bagaimana ia berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Agensi itu difahamkan mempunyai penyimpanan data yang sulit bagi memastikan kerahsiaan setiap data.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri pula mendakwa kebocoran itu tidak berpunca daripada bahagian Pendaftaran Awam dan Populasi.

Sebelum ini, pernah berlaku beberapa siri kebocoran data peribadi dalam negara dan tahun lalu, data peribadi dalam dua laman sesawang e-dagang, Tokopedia dan Bukalapak, juga bocor.

Malah, rekod 2.3 juta pengundi yang disimpan Suruhanjaya Pilihan Raya Utama (KPU) juga bocor dan dijual menerusi pentas dalam talian. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.