Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara 16 Jun

Yang di-Pertuan Agong selesai mengadakan perbincangan bersama beberapa ahli politik hari ini.

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, 16 Jun ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu adalah atas inisiatif Sultan Abdullah dan akan dipengerusikan oleh baginda.

“Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

“Kali pertama perbincangan khas Raja-Raja Melayu dianjurkan dan berlangsung pada 25 Oktober 2020 di Istana Negara.”

Kenyataan itu susulan Yang di-Pertuan Agong selesai mengadakan perbincangan bersama beberapa ahli politik hari ini.

Agong bertemu pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim selama satu setengah jam dengan perbincangan tertumpu pada keadaan darurat dan langkah untuk memerangi wabak Covid-19.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut hadir ke Istana Negara petang tadi.

Esok, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka hadir menghadap Sultan Abdullah.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.