PKP 3.0 dilaksana kerana tak mustahil Malaysia jadi seperti India, kata Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mempertahankan tindakan kerajaan mengetatkan kembali kawalan pergerakan, mengatakan intervensi kerajaan yang dilakukan dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP 3.0) di beberapa buah negeri adalah bagi mengelakkan negara berdepan krisis dahsyat Covid-19 seperti India.

Beliau yang juga menteri pertahanan berkata, langkah tersebut diambil kerajaan kerana tidak mahu Malaysia menjadi seperti India yang kini merekodkan kes jangkitan Covid-19 yang kini sudah mencecah 20 juta.

“Di India pemimpin mereka mengisytiharkan India sudah menang menentang Covid-19, mereka beri kebebasan.

“Akhirnya, bila berlaku penularan Covid-19, kerajaan sudah tidak mampu mengawalnya.

“Jadi, kita tak mahu perkara ini berlaku kepada negara kita,” kata naib presiden Umno itu dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Facebook hari ini.

Sehingga semalam, kerajaan mengisytiharkan status PKP ke atas Selangor, Kelantan dan Kuala Lumpur selain beberapa daerah di Perak, Johor dan Terengganu.

PKP 3.0 kali ini akan menerapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselematan Negara termasuk tiada aktiviti sosial dan bazar Ramadan dibenarkan.

Selain itu, SOP Aidilfitri turut diumumkan menjelang perayaan umat Islam yang minggu depan.

Ismail berkata, tindakan kerajaan melaksanakan PKP di sesetengah tempat bukannya bertujuan untuk menyusahkan rakyat.

“Saya tahu rakyat marah. Tujuan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa rakyat,” katanya.

Ismail berkata jika tidak ada campur tangan kerajaan dan pematuhan tidak lagi diikuti dengan baik oleh rakyat maka tidak mustahil negara akan menyaksikan peningkatan kes hingga mencecah lima ribu atau sepuluh ribu.

“Jika sampai 10 ribu (kes), kita mungkin jadi macam India. Kita sayangkan rakyat kita, dan kita jaga rakyat kita,” katanya.

Read More
Sumber Web: Berita – MalaysiaNow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.