Polis Sahkan Penemuan Tulang Paha, Betis Dan Keting Manusia Di Lokasi Penemuan Rangka Bella

Polis telah mengesahkan penemuan beberapa ketul tulang di lokasi penemuan rangka Bella, yang juga dikenali sebagai Mila Sharmila, 32 tahun, hujung bulan lalu di kawasan rumah terbiar di Jalan Besar Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Penemuan tulang yang dipercayai merupakan bahagian daripada rangka manusia itu berlaku pada 28 Februari lalu pada 11.30 pagi selepas menerima maklumat dari orang awam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, menyatakan bahawa selepas penemuan tersebut, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah dipanggil untuk membantu dalam siasatan di lokasi penemuan.

Hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa terdapat dua ketul tulang yang dipercayai bahagian dari paha, dua ketul tulang betis, dan dua ketul tulang keting di lokasi penemuan tersebut.

“Kesemua tulang yang dijumpai telah dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada keesokan harinya untuk analisis perbandingan DNA. Buat masa ini, polis masih menunggu keputusan laporan analisis daripada Jabatan Kimia dan proses itu dijangka mengambil masa lebih kurang sebulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan ini dan meminta individu yang mempunyai maklumat lanjut untuk menyampaikannya melalui talian hotline polis, iaitu 07-436330.

Sebelum ini, kakak kepada Bella, Norhisham Samsusah, 36 tahun, telah dimaklumkan mengenai penemuan sebahagian daripada rangka di lokasi tersebut.

The post Polis Sahkan Penemuan Tulang Paha, Betis Dan Keting Manusia Di Lokasi Penemuan Rangka Bella appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.