Rummenigge lepas jawatan pengerusi Bayern Munich

BERLIN: Selepas 30 tahun mengetuai Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge akan meletak jawatan sebagai pengerusi kelab itu pada hujung bulan ini dan bakal digantikan dengan bekas kapten Jerman, Oliver Kahn, menurut laporan hari ini.

Akhbar harian Bild, Welt dan majalah Kickers melaporkan Rummenigge, 65, meletak jawatan enam bulan lebih awal daripada yang dijadualkan. Ketiadaan Rummenigge akan menyaksikan permulaan era baharu Bayern bermula saingan musim depan.

Dia menyertai pengurusan kelab itu pada 1991 sebagai naib presiden sebelum menjadi pengerusi pada 2002, menyaksikan pelbagai kejayaan di lakar Bayern.

Dengan kehadiran Rummenigge, Bayern memenangi trofi Bundesliga sebanyak 19 kali dan menjuarai Liga Juara-Juara pada 2001, 2013 dan 2020.

Dia adalah bekas penyerang bersama skuad Jerman Barat dan beraksi dengan Bayern pada 1974 hingga 1984.

Rummenigge juga sebahagian daripada pasukan yang menjuarai Piala Eropah dan diundi sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or pada 1980 dan 1981.

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.