Sekatan Pergerakan Penuh: Kompleks beli-belah ditutup, kecuali premis seksyen tertentu

[email protected]

KUALA LUMPUR: Semua kompleks beli-belah akan ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh, bermula Selasa depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dan ‘departmental store’ yang mempunyai seksyen tertentu, dibenarkan beroperasi.

Beliau berkata, seksyen terbabit ialah makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, ‘mini mart’ dan restoran untuk bawa pulang serta penghantaran ke rumah.

“Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, ‘mini mart’, kedai runcit dan ‘departmental store’ boleh dibuka dengan terhad kepada seksyen makanan, minuman serta keperluan asas saja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Menjelaskan lanjut, Ismail Sabri berkata, restoran, gerai makan dan ‘outlet’ makanan; kedai dobi termasuk dobi layan diri; kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan; kedai cermin mata dan optik; kedai perkakasan; bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti; juga boleh beroperasi.

Kebenaran beroperasi turut diberikan untuk aktiviti e-dagang membabitkan semua kategori produk, serta pemborongan dan pengedaran untuk semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja.

Beliau berkata, semua sektor perniagaan itu hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.