Skuad Harimau Malaya kini berlatih di Bahrain

[email protected]

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya ‘bertukar angin’ seketika apabila berlepas ke Manama, Bahrain selepas lebih seminggu mengharungi persiapan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mereka ke Manama untuk meneruskan kem latihan pusat dan berdepan perlawanan persahabatan menjelang baki tiga perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, bulan depan.

Di Manama, mereka akan mengharungi aksi persahabatan Tier 1 menentang Bahrain di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, awal pagi Jumaat ini.

Ini adalah aksi persahabatan terakhir untuk skuad bimbingan Cheng Hoe dan selepas itu, mereka akan kembali ke Dubai untuk persiapan terakhir bagi tiga aksi penting bertemu UAE, Vietnam dan Thailand.

Sebelum ini, mereka sudahpun menentang Kuwait bagi aksi latihan pada awal pagi Isnin lalu namun mereka tewas 4-1 pada aksi di Stadium 7he Sevens, Dubai itu.

Untuk rekod, skuad kebangsaan ketika ini menghuni tangga kedua dengan sembilan mata, dua mata di belakang Vietnam selaku pendahulu Kumpulan G.

Thailand mengikuti rapat di tangga ketiga dengan lapan mata diikuti UAE dengan enam mata namun kekurangan satu perlawanan berbanding tiga pasukan di atas mereka.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.