Sukar namun tidak mustahil

[email protected]

Kuala Lumpur: Sukar namun tidak mustahil untuk skuad Harimau Malaya melakukan kejutan dengan menumpaskan atau sekurangnya mencatatkan keputusan seri menentang Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan Kumpulan G saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal pagi ini.

Seperti sedia maklum sudah tentu pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe akan menurunkan pemain terbaiknya malam ini bagi mencatatkan keputusan positif sebagai peniup semangat dalam mengharungi dua perlawanan akan datang menentang Thailand dan Vietnam.

Jurulatih berpengalaman negara Azraai Khor Abdullah berkata, jika melihat atas kertas, agak sukar untuk skuad Harimau Malaya mencatatkan keputusan positif berdasarkan kepada perbezaan ranking kedua-dua pasukan dan perlawanan persahabatan yang dilalui mereka.

“Kita boleh lihat UAE begitu ‘solid’ apabila sudah melakukan persiapan sejak beberapa bulan lalu ditambah pula bermain di laman sendiri sudah tentu tidak akan memberi peluang dan ruang kepada Harimau Malaya mencatatkan kemenangan.

“Jika dapat mencatatkan keputusan seri adalah dikira cukup namun barisan pemain Harimau Malaya harus kental menghalang setiap gerakan berbahaya UAE,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sementara itu, bekas ketua jurulatih kebangsaan, B Sathianathan pula mahu barisan pemain Harimau Malaya lebih berhati-hati dengan taktikal UAE yang sudah pasti bercita-cita mahu membelasah Malaysia.

“Kita mempunyai barisan pemain terbaik yang pernah ada membarisi skuad Harimau Malaya cuma kekangan sekarang adalah waktu latihan agak suntuk sekali gus sukar membentuk persefahaman.

“Saya menjangkakan perlawanan malam ini, mungkin tiada sebarang jaringan dicipta kerana masing-masing lebih berhati-hati kerana mempunyai baki dua perlawanan lagi,” katanya.

Malaysia dijadual mengharungi kempen kelayakan bermula bertemu UAE awal pagi ini sebelum turun menentang Vietnam dan Thailand pada12 Jun dan 16 Jun pada jam 12.30 pagi waktu Malaysia.

Berdasarkan peraturan perlawanan, hanya 23 pemain saja boleh didaftarkan sekali gus Cheng Hoe perlu mengugurkan tiga pemain iaitu Brendan Gan (kutip dua kad kuning), seorang pertahanan tengah dan seorang lagi kemungkinan penyerang.

Info

Barisan kemungkinan Harimau Malaya

Farizal Marlias (Penjaga Gol)

Dion Cools (Pertahanan tengah)

Aidl Zaquan (Pertahanan tengah)

Matthiew Davies (Pertahanan kanan)

Corbin Ong (Pertahanan kiri)

Liridon Krasniqi (Tengah)

Azam Azih (tengah)

Syamer Kutty (tengah)

Safawi Rasid (Sayap kanan)

Mohamadou Sumareh (Sayap kiri)

Guilherme De Paula (penyerang)

Taktikal- 4-3-3

Ramalan gol

Sathianathan – Malaysia 0-0 UAE

Azrai Khor – Malaysia 0-2 UAE

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.