Swirad sertai Sri Pahang?

[email protected]

Kuantan: Pemain kacukan Malaysia-England, Nick Swirad dikatakan bakal menyarung jersi Sri Pahang FC sebelum jendela perpindahan pemain ditutup 30 Mei ini.

Difahamkan, segala urusan berkaitan perpindahan pemain pertahanan itu ke Sri Pahang sedang berjalan ketika skuad kendalian Dollah Salleh itu mahu mengukuhkan jentera pertahanan.

Menurut sumber, pemain berumur 30 tahun itu sudah berada di dalam negara selepas beraksi bersama sebuah kelab di Thailand musim ini.

“Kehadiran Swirad sememangnya dinantikan Sri Pahang terutama memperkasakan kubu pasukan sebaik saingan Liga Super bersambung Julai nanti.

“Diharapkan segalanya berjalan lancar dan Swirad akan bersama Sri Pahang untuk meletakkan pasukan ini pada kedudukan terbaik,” katanya.

Musim ini, Swirad yang juga bekas pemain Selangor menyarung jersi kelab Thailand, Nongbua Pitchaya itu dan membantu kelab itu muncul juara Liga Dua Thailand.

Namun, kekurangan penampilan bersama skuad Harimau Malaya menyebabkan Swirad tidak dibenarkan beraksi di Liga Satu Thailand.

Bagi Sri Pahang, pasukan itu sememangnya mahu mendapatkan pemain pertahanan berpengalaman untuk mengukuhkan benteng.

Pada masa sama, Sri Pahang tampil lebih cemerlang pada tiga perlawanan terakhir sebelum liga berehat dengan kehadiran empat pemain import baharu.

Mereka ialah Aung Kaung Mann dari Myanmar, Manuel Hidalgo (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.