Syed Saddiq disiasat berhubung video Ganapathy

Syed Saddiq disiasat mengenai video berdurasi 45 saat yang dibuatnya pada 28 April lalu berhubung kematian seorang peniaga susu lembu, Ganapathy ketika berada dalam tahanan polis.

PETALING JAYA: Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau kini sedang disiasat oleh polis mengenai satu video yang dibuat naik mengenai kematian kontroversi A Ganapathy.

Syed Saddiq berkata beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis.

Difahamkan Ahli Parlimen Muar itu disiasat mengenai video berdurasi 45 saat yang dibuatnya pada 28 April lalu berhubung kematian seorang peniaga susu lembu, Ganapathy ketika berada dalam tahanan polis.

“Mengapa saya disiasat polis kerana menuntut keadilan,” katanya di Twitter.

Saddiq berkata, sesiapa yang tidak menghormati pelaksanaan undang-undang di negara ini adalah pihak yang akan ditentangnya.

“Siasat mereka yang melanggar undang-undang, bukan saya. Saya mahukan ketelusan dan integriti,” katanya.

Ganapathy 40, ditahan polis pada 24 Feb lalu dan meninggal dunia di Hospital Selayang pada 18 April selepas sebulan menerima rawatan.

Keluarga Ganapathy mendakwa, mangsa dipukul ketika dalam tahanan dan menderita akibat kecederaan pada kaki, lengan dan bahu.

Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe bagaimanapun berkata, tiada bukti Ganapathy dipukul ketika dalam tahanan polis.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.