‘Tak tahu mereka nak saya atau harta saya’

[email protected]

Kuala Lumpur: Pelakon Jaafar Onn, 70, yang kini popular menerusi watak Tyson 2 juga syaitan dalam filem 18 Puasa Di Kampung Pisang mengakui tidak terlepas menerima pelawaan kahwin daripada beberapa wanita. 

Jaafar berkata, mereka daripada anak dara serta golongan janda.

“Saya dah letih dan penat untuk fikir soal kahwin. Tidak tahulah samada hati saya dah tertutup sekarang.

“Tapi kalau Allah kata kahwin, kahwinlah saya nanti. Macam di studio masakan saya. Ada 50 orang datang belajar masak.

“Mereka bukan nak tengok saya mengajar, tapi sebaliknya ajak saya kahwin. Saya tanya kenapa nak kahwin dengan saya?,” katanya.

Bapa kepada seorang anak lelaki menerusi perkahwinan pada 1983 dan bercerai empat tahun selepas itu berkata, dia berasakan diri sudah tua dan tidak pasti samada wanita ini mahu menumpang kesenangannya.

“Tidak tahulah kalau niat mereka nak tumpang harta saya. Tapi saya sendiri pun tak tahu samada saya kaya atau tak. 

“Tapi hidup saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jaafar yang juga chef masakan mahu menghasilkan buku biografi kehidupannya.

“Kisahnya mengenai suka duka saya untuk tatapan generasi akan datang. Cuma masalahnya saya tak tahu berapa caj yang nak dikenakan. 

“Saya cakap terus terang saya tak mahir berkenaan kos percetakan dan lain-lain. Takut nanti buku dah keluar cerita belakang tak habis-habis lagi.

“Jadi saya tak nak bebankan orang. Siapa yang nak bekerjasama sangat dialu-alukan. Kita duduk bercerita atau bahagikan hasil sama rata pun tak kisah,” katanya yang akan terbabit dalam telefilem Ahmad Albab Ding Ding untuk Astro First selepas ini. 

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, kehidupan Jaafar tidak terkesan kerana dia berniaga kek.

“Sehari saya siapkan 20 biji kek Arab yang ditempah pelanggan. Saya jual secara dalam talian dan kemudian pos.

“Cuma tahun ini sahaja saya tak sempat buat. Kalau upah orang lain buatkan rasanya tak sama pula. Selain itu, saya buat pek makan tengahari untuk sekolah serta hantar kepada petugas barisan hadapan.

“Sehari saya siapkan 10 ke 12 pek. Saya buat nasi beriyani setiap Jumaat sahaja dan diberikan secara percuma. Dah tua-tua begini saya nak juga buat saham akhirat,” katanya. 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.