Terengganu benarkan solat Aidilfitri 40 jemaah

[email protected]

KUALA TERENGGANU: Solat sunat Aidilfitri di negeri dibenarkan dengan hanya 40 jemaah lelaki tidak termasuk ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda, berkata solat Jumaat juga dibenarkan dengan kehadiran 40 jemaah tidak termasuk jawatankuasa masjid dan surau.

Beliau berkata, solat fardu lima waktu di semua masjid dan surau turut dibenarkan, tetapi hanya membabitkan kehadiran tidak melebihi 20 jemaah.

“Kehadiran jemaah ke masjid dan surau hanya dibenarkan dalam kalangan ahli kariah yang bermastautin kecuali selepas diberi kebenaran khas Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

“Bukan warganegara tidak dibenarkan hadir ke masjid dan surau sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Osman berkata, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan pelaksanaan kebenaran aktiviti ibadat di masjid dan surau dalam tempoh pelaksanaan PKP bermula hari ini hingga 7 Jun depan.

“Sehubungan itu, semua jawatankuasa masjid dan surau diminta supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, di samping arahan yang dikeluarkan JHEAT dari semasa ke semasa,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.