Tiga insentif ringankan beban masyarakat

[email protected]

KUALA TERENGGANU: Bakul makanan antara tiga insentif dilaksanakan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) untuk membantu meringankan bebanan masyarakat luar bandar yang terkesan dengan sekatan pergerakan penuh.

Pengerusi KETENGAH, Senator Datuk Razali Idris, berkata sebanyak 3,200 bantuan bakul makanan disediakan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM366,000.

Katanya, agihan bakul makanan akan mula dilaksanakan minggu depan.

Razali yang juga Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara berkata, insentif kedua KETENGAH ialah penangguhan bayaran sewa beli kediaman milik KETENGAH selama tiga bulan, iaitu Mei hingga Julai ini.

Katanya, penangguhan itu memberi manfaat kepada 201 keluarga membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM172,000.

“Pengurusan KETENGAH juga mengecualikan bayaran sewa premis perniagaan dan rumah kediaman tanpa perlu mengemuka permohonan.

“Ini membabitkan seramai 1,042 usahawan dengan implikasi kewangan berjumlah RM379,263,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.