Touch ‘n GO+ cecah sejuta pengguna

[email protected]

KUALA LUMPUR: Touch ‘n Go Group melakar satu lagi pencapaian penting apabila pengguna produk perkhidmatan pelaburan Touch ‘n GO+ melepasi sejuta orang dalam tempoh kira-kira dua bulan.

Perkhidmatan GO+ dilancarkan pada 29 Mac lalu.

“Kami berjaya mampu meraih pencapaian penting ini dalam tempoh kira-kira dua bulan dan melepasi jangkaan dalaman kumpulan.

“Kami akan membina kejayaan ini dan menambah pelbagai produk dalam kategori terbabit. Kami juga akan melakukan penambahbaikan kepada GO+ daripada maklum balas menggalakkan pengguna dan data pengalaman pengguna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Group, Effendy

Shahul Hamid dalam satu kenyataan

Beliau berkata, ramai pengguna perkhidmatan itu mendapati fungsi baki Go+ dan e-dompet Touch ‘n Go amat menarik, sekali gus ia meningkatkan pendaftaran.

“Satu lagi data yang amat menggalakkan adalah capaian dan agendanya terhadap keterangkuman. 73 peratus pengguna GO+ adalah dari luar Lembah Klang dan angka itu terus meningkat,” katanya.

Touch ‘n Go melancarkan GO+ pada 29 Mac lalu sebagai langkah pertama ke arah perkhidmatan kewangan digital.

GO+ adalah produk pelaburan terangkum kewangan yang membenarkan pengguna e-dompet Touch ‘n Go dan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada pelaburan pasaran wang berisiko rendah daripada harga serandah RM10.

Selain dapat menjana lebih daripada akaun perbankan semasa, baki GO+ juga boleh digunakan merentasi semua pembayaran e-dompet Touch ‘n Go.

Selain GO+, Touch ‘n Go turut memperkenalkan kempen +Kawan yang membolehkan pengguna mendapat manfaat dengan merujukkan perkhidmatan GO+ kepada rakan atau keluarga.

Pengguna memperoleh bonus kadar pulangan satu peratus bagi setiap rakan, dengan tanpa had rakan yang boleh dijemput.

Sehingga kini, tiga perujuk tertinggi masing-masing sudah memperkenalkan 153, 133 dan 74 rakan dengan kempen +Kawan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.