Tunisia gagalkan cubaan 100 migran cuba masuk Eropah

TUNIS: Sebuah kapal laut Tunisia semalam menyelamatkan 100 migran termasuk lapan bayi dari sebuah kapal sarat penumpang yang cuba menyeberangi Laut Mediterranean menuju ke Eropah.

Kementerian Pertahanan berkata, kapal yang bergerak dari pantai Libya itu membawa 82 lelaki, 10 wanita dan lapan bayi sebelum dipintas kapal peronda tentera laut Tunisia dari Zarzis.

“Mereka dalam bahaya, enjin kapal itu rosak,” kata jurucakap kementerian, Mohamed Zekri kepada AFP.

Semua migran berasal dari negara-negara Afrika sub-Sahara, kata kementerian itu.

Mereka dibawa ke pangkalan maritim Tunisia di Sfax.

Tunisia menjadi lokasi pelepasan utama untuk migran yang cuba menyeberangi dari perairan Afrika Utara ke Eropah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.