Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Venue final pindah ke Porto

Paris: Uefa mengumumkan hari ini pertukaran venue final Liga Juara-Juara antara Manchester City dan Chelsea dari Istanbul ke Porto.

Perlawanan pada 29 Mei ini bakal berlangsung di Estadio do Dragao bagi membolehkan penyokong Inggeris menyaksikannya susulan sekatan penerbangan antara UK dan Turki akibat pandemik koronavirus.

Sebelum itu, badan bola sepak Eropah itu mengumumkan sehingga 6,000 penyokong kedua-dua kelab dibenarkan masuk ke stadium.

“Kami terima keputusan kerajaan Britain yang meletakkan Turki senarai merah untuk kunjungan dengan hati terbuka bagi melindungi masyarakat daripada dijangkiti virus selain ia juga cabaran menganjurkan final antara dua kelab Inggeris,” kata Presiden Uefa, Aleksander Ceferin dalam kenyataannya.

“Selepas sekian lama menerima kesan pandemik, adalah tidak tepat mereka tidak berpeluang menyaksikan pasukan mereka bertarung dalam perlawanan terbesar musim ini,” katanya.

Rakyat UK yang kembali dari negara yang disenarai merah diwajibkan menjalani kuarantin di hotel yang ditetapkan selama 10 hari.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version