Warga emas didenda RM5,000 kerana tanggal gelang ‘pink’; polis dapat tahu dia positif

PETALING JAYA: Seorang warga emas dikompaun RM5,000 kerana tidak mematuhi perintah pencegahan penyakit oleh pihak berkuasa, selepas dia menanggalkan gelang yang menandakan dia diawasi semasa ke klinik.

Tindakan wanita berusia 72 tahun itu menanggalkan “gelang merah jambu” itu diketahui polis yang mencarinya, selepas pihak berkuasa mendapati dia tiada di rumah ketika ingin memaklumkan hasil saringan Covid-19 – positif.

Wanita itu mengaku berbuat demikian ketika ditemui polis di klinik.

Ketua Polis Raub, Kama Azural Mohamed, berkata pihaknya dukacita dengan tindakan wanita itu, yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada orang muda.

“Kegagalan mematuhi SOP menyebabkan penularan wabak ini semakin menakutkan dan sukar dibendung,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Wanita itu didenda RM5,000, mengikut Seksyen 22(b) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.