Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Azhar jelaskan kenyataan jawatankuasa Parlimen boleh mesyuarat ketika darurat

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun berkata, beliau tidak boleh melanggar undang-undang.

PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun berkata, kenyataannya pada Januari lalu berhubung jawatankuasa khas dan bebas boleh meneruskan mesyuarat ketika sidang Parlimen digantung, dibuat berdasarkan perisytiharan Yang di-Pertuan Agong dan ucapan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, katanya, beliau perlu mematuhi peraturan ditetapkan, selepas membaca Ordinan Darurat.

Azhar berkata, pada Januari lalu, beliau sudah menjelaskan akan menunggu Ordinan Darurat yang lengkap dikeluarkan.

“Ketika ordinan dikeluarkan, saya segera mendapatkan nasihat undang-undang mengenai penggunaan perkataan dalam ordinan itu. Dan seperti dinasihatkan, perkataan itu turut meliputi mesyuarat jawatankuasa pilihan.

“Saya tidak boleh melanggar undang-undang itu,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mengingatkan Azhar mengenai kenyataannya yang semua perbelanjaan negara ketika darurat akan diaudit Parlimen dan PAC sebaik saja darurat tamat.

Baru-baru ini, Wong dilaporkan berkata, PAC “lumpuh” akibat perisytiharan darurat kerana ia tidak dapat bermesyuarat. Azhar menafikannya dengan berkata, semua perbelanjaan kerajaan akan diaudit Parlimen dan PAC selepas darurat berakhir.

Tetapi, Wong memberitahu FMT, respons Azhar sekadar membuktikan beliau betul dan menggesa speaker mengotakan janjinya untuk membenarkan jawatankuasa khas terus berfungsi ketika darurat.

“Saya tahu kita boleh bersidang semula selepas darurat. Soalan saya ialah disebabkan tiada persidangan atau prosiding dari Januari hingga Ogos, bagaimanakah kita mahu menyemak perbelanjaan kerajaan (sekarang)?

“Apakah yang patut kita buat dalam tempoh tujuh, lapan bulan ini, jika kita tidak boleh menjalankan mandat yang diberikan Parlimen?” soal Wong.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.