‘Bukan salah Solskjaer jika kami tak layak’

MANCHESTER: Jurgen Klopp menyifatkan jadual padat yang diharungi Manchester United sebagai satu jenayah dan mempertahankan keputusan Ole Gunnar Solskjaer yang merehatkan pemain bintangnya.

Bos United itu melakukan 10 pertukaran sebelum tewas 2-1 di tangan Leicester, kelmarin sekali gus menyukarkan Liverpool untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan teratas.

Kekalahan United itu adalah perlawanan kedua buat mereka daripada tiga aksi dalam lima hari selepas mereka menang 3-1 di tangan Aston Villa, Ahad lalu.

“Kalau kami tak layak ke Liga Juara-Juara, ia bukan salah Ole Gunnar Solskjaer atau pemainnya. Ini salah kami kerana walaupun kami berdepan masalah pada musim ini, kami sepatutnya ada lima atau enam mata lebih baik berbanding sekarang.

“Saya tahu Ole membuat 10 pertukaran. Saya pun akan lakukan perkara sama – saya jangkakan dia berbuat demikian.

“Ini adalah penghujung bagi musim yang sangat panjang dan kemudiannya anda ada (aksi) pada Ahad, Selasa dan Khamis. Ini bukanlah satu perkara yang betul.

“Jadi, ia bukanlah salah Ole, walaupun kami perlukan beberapa bantuan untuk mendapatkan kedudukan sebagai empat pasukan teratas,” katanya.

Liverpool akan bertandang di Old Trafford, awal pagi ini. -Agensi

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.