‘Bunga Raya’ nama baru pasukan ragbi kebangsaan

KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bersetuju untuk melakukan penjenamaan semula nama pasukan ragbi kebangsaan sebagai pasukan `Bunga Raya’.

Setiausaha Agungnya, Amrul Hazarin Hamidon berkata penjenamaan semula ini yang diputuskan dalam mesyuarat EXCO adalah untuk menyelaraskan penggunaan nama pasukan ragbi seperti dilakukan World Rugby.

“Kita nak selaraskan dengan penjenamaan yang dibuat oleh World Rugby. Tiada lagi penggunaan wanita atau lelaki. Jadi ia akan hanya dikenali dengan satu nama. Bila kita selaraskan semua nama pasukan dengan satu nama maka penjenamaan pun sudah tetap.

“Ini adalah pelan strategi kami (KRM) dalam memudahkan pencarian dana untuk mendapatkan penajaan dalam menghadapi perlawanan yang akan datang.” katanya kepada Bernama hari ini.

KRM kini mempunyai tiga pasukan ragbi yang diberi gelaran pasukan ragbi kebangsaan 15 sebelah dikenali sebagai `Bunga Raya’, pasukan ragbi lelaki tujuh sebelah sebagai `Rimau Sevens’, pasukan ragbi wanita tujuh sebelah sebagai `Panthera Ladies’ dan semuanya akan diselaraskan dengan nama `Bunga Raya’.

Amrul berkata KRM sedang dalam proses menghasilkan identiti korporat sendiri selepas sambutan Aidilfitri ini di mana penggunaan logo badan itu akan diguna pakai mengikut standard ditetapkan.

Katanya, Pasukan Bunga Raya 7 sebelah sedang mengadakan latihan dalam menghadapi persediaan perlawanan Asia Rugby Sevens Series Siri 1 yang bakal diadakan di Incheon, Korea Selatan, Ogos ini.

– BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.