KUALA LUMPUR: Kawan Food Bhd menggantung sementara operasi berikutan 78 kes positif dalam kalangan pekerja anak syarikat milik penuhnya, Kawan Food Manufacturing Sdn Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata ia menerima surat daripada Kementerian Kesihatan untuk menggantung operasinya bermula hari ini sehingga 21 Jun 2021.
Syarikat itu berkata, ia sudah melaksanakan semua prosedur operasi standard (SOP) sewajarnya di semua operasi, premis selain asrama termasuk langkah penjarakan sosial, pemeriksaan suhu, kebersihan, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) selain mengehadkan lawatan pihak luar.
“Tertakluk kepada arahan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan, kilang dijangka meneruskan operasi secara berperingkat mulai 22 Jun 2021.
“Kemudahan pengeluaran di China kekal tidak terkesan dan beroperasi sepenuhnya,” tambahnya.
-BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Berita Harian