Harga emas naik hampiri paras tertinggi 4 bulan

KUALA LUMPUR: Emas meningkat menghampiri ke paras tertinggi dalam tempoh lebih empat bulan di tengah-tengah susulan langkah pelabur beralih membeli logam berharga itu.

Pengurus dana lindung nilai meningkatkan kedudukan bersih belian emas kepada yang tertinggi dalam tempoh 16 minggu, seperti ditunjukkan dalam data Jumaat lalu.

Dana dagangan bursa (ETF) yang disokong oleh jongkong itu telah menyaksikan aliran masuk pada Mei, setelah penjualan tiga bulan berturut-turut, menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg.

Kenaikan emas selama tiga minggu berturut-turut itu bagaimanapun dihadkan oleh pelabur yang mempertimbangkan risiko inflasi dan lonjakan kes COVID-19 di beberapa negara.

Pelabur turut mempertimbangkan turun naik yang melampau dalam Bitcoin, yang mungkin telah memberikan sokongan tambahan kepada komoditi berkenaan.

“Harga emas meningkat lebih tinggi ketika kelemahan dalam mata wang kripto dan permintaan yang meningkat untuk aset lindung nilai inflasi mendorong daya tarikan logam berharga ini,” kata Margaret Yang, ahli strategi di DailyFX.

“Data ETF yang terkini menunjukkan bahawa pelabur menyimpan logam kuning ini untuk pertama kalinya sejak Januari, menekankan peningkatan selera mereka terhadap emas.

Emas spot meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,884.50 seauns pada 11:22 pagi waktu Singapura.

Harganya meningkat kepada AS$1,890.13 minggu lalu, yang tertinggi sejak 8 Januari. Harga perak, paladium dan platinum semuanya meningkat.

Indeks Spot Dolar Bloomberg tidak berubah setelah meningkat 0.2 peratus pada Jumaat. – Bloomberg

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.