Indonesia bebaskan kapal tangki Iran, Panama selepas 4 bulan

JAKARTA: Indonesia hari ini membebaskan kapal tangki milik Iran dan sebuah lagi kapal kepunyaan Panama yang disita awal tahun ini berikutan disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram.

Selepas prosiding undang-undang, kapal tangki minyak mentah yang berbendera Iran dan kapal MT Freya yang dipasang bendera Panama, meninggalkan Indonesia, semalam, kata jurucakap Agensi Keselamatan negara itu kepada AFP.

Kapten kedua-dua kapal kapal tangki itu didapati bersalah

Selasa lalu, kerana memasuki perairan Indonesia tanpa permit.

Kapten MT Horse Iran, Mehdi Monfhasemjahromi dan kapten MT Freya, Chen Yo Qun, masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun dengan tempoh percubaan selama dua tahun.

Mahkamah juga memerintahkan Yo Qun membayar denda dua juta rupiah (RM578,689.83) kerana membuang minyak secara haram di perairan Indonesia.

Kedua-dua kapten dibebaskan daripada tahanan dan dipercayai meninggalkan Indonesia bersama kru yang lain semalam walaupun dijatuhi hukuman.

Januari lalu, kapal tangki itu dikesan di Kalimantan, di kepulauan Borneo Indonesia, dan kemudian disita selepas kru gagal menjawab panggilan radio.

Badan Keselamatan Maritim Indonesia (BAKAMLA) mendakwa kru itu disyaki melakukan pelanggaran, termasuk gagal mempamerkan bendera nasional kapal, mematikan sistem pengenalan mereka untuk mengelakkan pengesanan dan penghantaran minyak secara tidak sah.

Menurut agensi berita rasmi IRNA yang memetik kenyataan National Iran Oil Co, MT Horse dibebaskan selepas 125 hari berikutan proses undang-undangnya berjaya diselesaikan.

“Walaupun berdepan banyak cabaran dan pengasingan daripada keluarga mereka, kru membuat pengorbanan untuk mempertahankan kepentingan nasional dan menjaga aliran eksport minyak dan produk minyak dari negara ini,” kata kenyataan itu.

Iran sebelum ini dituduh cuba menyembunyikan penjualan minyaknya untuk mengelakkan sekatan Amerika Syarikat (AS).

Oktober lalu, ketika pentadbiran bekas Presiden AS, Donald Trump, menjatuhkan sekatan terhadap sektor minyak Iran berikutan penjualan ke negara lain termasuk Syria dan Venezuela.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mengakhiri semua eksport utama minyak Iran, yang berusaha menghentikan sumber tunai untuk musuh serantau, sekutu AS Arab Saudi dan Israel. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.