JDT tak layan permohonan PJ City

[email protected]

SEREMBAN: Hasrat kelab Petaling Jaya (PJ) City FC untuk mendapatkan khidmat pemain Johor Darul Ta`zim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri tidak kesampaian apabila tempoh jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M), berakhir 31 Mei lalu.

Pengurus pasukan PJ City, K Rajendran berkata, kelab yang diwakili Hazwan tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu sekali gus, usaha mendapatkan khidmat pemain berkenaan, berakhir.

“Usaha mendapatkan khidmat Hazwan tak dapat reaksi dan kita akur, jadi tiada pemain baharu yang dibawa masuk dalam pasukan pada perpindahan kedua ini.

“Kelab akan menggunakan sepenuhnya pemain sedia ada bagi meneruskan cabaran dalam saingan Liga Super,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, kelab itu akan berusaha meningkatkan lagi usaha bagi meneruskan cabaran dalam memastikan pencapaian terbaik dapat dicapai pada baki perlawanan sebaik cabaran bermula bulan depan.

Katanya, walaupun terdapat beberapa pesaing yang menukar dan membawa masuk pemain baharu termasuk tenaga import, ia tidak akan melunturkan semangat pemain PJ City, untuk melakar kejayaan.

“Saya sudah melontarkan cabaran kepada pemain PJ City agar tidak lemah semangat sebaliknya terus berusaha dan yakin pada keupayaan diri sendiri.

“Walaupun lawan membawa masuk tenaga baharu, ia tidak harus dijadikan halangan buat pemain PJ City untuk mencapai impian yang ditetapkan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.