Junaidi-Haikal tebus kecewa

[email protected]

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Junaidi Arif-Muhammad Haikal menghadiahkan khabar gembira dari Austria apabila muncul juara kategori berkenaan selepas menewaskan pasangan dari Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar.

Pasangan muda negara yang menghuni ranking ke-625 dunia itu hanya memerlukan 39 minit untuk menundukkan pilihan kelima kejohanan yang berada di ranking ke-246 dengan straight set 21-17 21-15.

Terdahulu Junaidi-Haikal yang masing-masing berusia 19 tahun itu menundukkan beregu Denmark, Mads Pieler Kolding-Frederik Sogaard 21-13, 22-20 dalam aksi separuh akhir.

Kejayaan itu sekali gus menembus kekecewaan mereka di Kejohanan Badminton Antarabangsa Slovenia 2021 di Dras Centre, Maribor, minggu lalu apabila terkandas di suku akhir.

Ia adakah kejayaan kedua yang membanggakan dari skuad remaja negara selepas beregu campuran negara Choong Hon Jian-Toh Ee Wei muncul juara dalam kategori beregu campuran.

Sementara itu harapan negara untuk merangkul kejuaraan dalam beregu wanita menerusi Anna Ching-Yap Cheng Wen tidak kesampaian apabila tumpas kepada wakil Indonesia Ni Ketut Mahadewi Istarani-Serena Kani 11-21,16-21.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.