Tiada manipulasi sistem daftar vaksin AstraZeneca melalui SELangkah, kata menteri

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sebelum ini mendedahkan ada pihak ketiga membuat tempahan vaksin berkenaan tanpa pengetahuan individu terbabit sendiri.

PETALING JAYA: Tiada manipulasi sistem oleh platform dalam talian SELangkah kerajaan Selangor bagi pendaftaran untuk vaksin AstraZeneca seperti didakwa segelintir pihak.

Dalam kenyataan bersama, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, kerajaan Selangor sebaliknya melaksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi pihak individu yang mendaftar di bawah kempen bantuan ImuniSel, iaitu inisiatif untuk mendaftar vaksin secara ‘offline’ bagi golongan yang sukar mempunyai akses digital.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sebelum ini mendedahkan ada pihak ketiga membuat tempahan vaksin berkenaan tanpa pengetahuan individu terbabit sendiri.

SELangkah susulan itu menafikan membuat tempahan besar-besaran untuk penerima vaksin AstraZeneca.

Khairy dan Amirudin berkata, individu yang membuat pendaftaran vaksin menerusi ImuniSel telahpun memberikan kebenaran untuk didaftarkan bagi menerima vaksinasi di bawah PICK.

“Tempahan slot vaksin AstraZeneca adalah secara sukarela atau ‘opt in’ atas persetujuan dan pemahaman individu.

“Justeru pendaftarannya memerlukan persetujuan berbeza vaksin lain dalam program arus perdana PICK,” katanya.

Susulan itu, ImuniSEL bersetuju untuk menyerahkan senarai nama individu yang telah didaftarkan untuk dihubungi CITF bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin berkenaan.

Dalam pertemuan itu CITF juga memaklumkan kerajaan Selangor bahawa beberapa individu telah mendapat janji temu vaksin AstraZeneca menerusi pendaftaran yang dibuat oleh pihak lain termasuk ahli keluarga atau majikan mereka.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, satu ciri tambahan di aplikasi MySejahtera akan dibangunkan dalam masa terdekat bagi membolehkan individu yang terkesan, terutama yang telah menerima janji temu baharu menggantikan yang terdahulu, dapat memberi maklum balas dan mendapat penyelesaian segera,” menurut kenyataan itu.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.