Kempen Negeri Sembilan Peduli Palestin dapat sambutan memberangsangkan

[email protected]

SEREMBAN: Usaha kerajaan negeri untuk membantu rakyat Palestin yang berdepan kekejaman rejim Zionis, mendapat sokongan pelbagai pihak apabila Kempen Negeri Sembilan Peduli Palestin sudah meraih sumbangan lebih setengah juta ringgit.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kempen dilancarkan Khamis lalu itu berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM513,811, setakat ini.

Beliau berkata, jumlah itu mencapai 50 peratus daripada sasaran kutipan RM1 juta melalui kempen berkenaan.

“Kita mengalu-alukan rakyat Negeri Sembilan dan orang ramai untuk menyumbang melalui kempen ini sebagai manifestasi sikap keprihatinan serta empati tinggi terhadap situasi rakyat Palestin yang menghadapi tekanan angkara kekejaman rejim Zionis.

“Kempen dijayakan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Global Peace Mission Malaysia,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil sumbangan akan disalurkan kepada rakyat negara itu dalam pelbagai bentuk yang diselaraskan bersama agensi berkaitan.

“Bantuan itu akan diberikan terus kepada rakyat Palestin melalui Global Peace Mission Malaysia,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.