Kerajaan Pulau Pinang tertipu dengan scam vaksin percuma, kata Khairy

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata hari ini, tawaran dua juta dos vaksin Covid-19 secara percuma untuk Pulau Pinang merupakan satu scam dan menambah siasatan mendapati syarikat yang memberikan tawaran itu sebenarnya tidak wujud.

“Saya ulangi sekali lagi hari ini. Sumbangan atau tawaran ini palsu. Lihat surat tawaran ini, letterhead syarikat pun tiada,” katanya pada sidang media secara dalam talian hari ini.

“Saya bertanggungjawab terhadap pembelian vaksin di Malaysia, jadi saya tahu dari mana bekalan didapatkan.”

Khairy juga berkata, tiada rekod pembelian daripada Yayasan Sekhar, sebuah organisasi berkait dengan ahli perniagaan Vinod Sekhar yang sebelum ini menuduh kerajaan menolak permohonan mereka untuk memberikan 200,000 suntikan secara percuma.

Petra Group milik Vinod sebelum ini mendakwa boleh “mendapatkan” 200,000 dos vaksin Sinovac dari China untuk diagihkan secara percuma.

“Pada mulanya kami hanya mempunyai 20,000 vaksin, tetapi kami berjaya mendapatkan 180,000 lagi vaksin dan kami mahu memberikan 200,000 botol sebagai sebahagian daripada khidmat negara,” kata jurucakap Petra Group, William Stevenson seperti dilaporkan laman sesawang milik syarikat itu, dalam sebuah laporan yang mengkritik kerajaan kerana “menolak” tawaran itu.

Pada sidang media hari ini, Khairy berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow melakukan tuduhan tidak bertanggungjawab terhadapnya berdasarkan tawaran yang sebenarnya palsu.

Bekas ketua menteri, Lim Guan Eng semalam mendesak Chow untuk menerima tawaran itu, dan menyelar kerajaan kerana menyekat sumbangan itu.

Sementara itu Khairy berkata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari tidak seharusnya mengelirukan orang ramai berhubung kadar vaksinasi di negeri itu.

“Saya tidak mahu dilihat sebagai menyekat usaha Selangor. Tetapi saya perlu berterus-terang dan mengatakan dari segi bekalan, kerajaan pusat akan diutamakan.”

MENYUSUL LAGI

Read More
Sumber Web: Berita – MalaysiaNow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.