Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Penduduk Sabah, Labuan nikmati rebat elektrik RM7.9 juta

bhnews@bh.com.my

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan rebat bernilai RM7.9 juta kepada lebih setengah juta pengguna berdaftar di Sabah dan Labuan bermula bulan ini.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Norhizami Abu Hasan, berkata setiap pengguna diberikan rebat 2.5 peratus daripada jumlah wang cagaran dalam akaun masing-masing.

Katanya, rebat akan diberikan secara berperingkat bermula dengan bil bulan ini bagi membolehkan pengguna menikmati pengurangan bayaran bil bulanan masing-masing.

“Pengguna elektrik yang berdaftar dengan SESB di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menikmati rebat sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah wang cagaran tunai mereka yang dikira mengikut kadar prorata.

“Pemulangan rebat berjumlah RM7.9 juta itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun bil elektrik 606,273 pengguna berdaftar secara berperingkat bermula pada Mei 2021.

“Wang cagaran elektrik dikenakan sebagai jaminan jika berlaku kerosakan atau untuk menjelaskan hutang tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak bekalan selaras dengan Peraturan 5(5) Peraturan Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata wang cagaran setiap pengguna berdaftar dikira berdasarkan jumlah bil elektrik selama dua bulan dalam tempoh enam bulan terakhir dan akan disemak setiap enam bulan sekali.

Norhizami berkata wang cagaran perlu ditambah jika berlaku peningkatan penggunaan elektrik berdasarkan bil terkini yang diterima pengguna.

“Bagaimanapun, jika purata penggunaan kurang daripada wang cagaran, maka ia boleh dipulangkan kepada pengguna atas permintaan pengguna melalui rebat kepada bil elektrik mereka.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini dengan mengunjungi cawangan SESB berdekatan atau menghubungi talian perkhidmatan pelanggan 15454 atau 088-515000,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version