Penyingkiran Netanyahu, berakhirnya era terburuk Israel

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh, berkata penyingkiran Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel menutup terburuk konflik Israel-Palestin.

“Penyingkiran Perdana Menteri Israel selepas 12 tahun berkuasa menandakan berakhirnya tempoh terburuk dalam sejarah konflik ini,” katanya menjelang mesyuarat Kabinet mingguan Pihak Berkuasa Palestin, hari ini.

Semalam, Parlimen Israel mengundi untuk membentuk kerajaan baharu diketuai nasionalis Yahudi haluan kanan, Naftali Bennett.

Gabungan dibentuk kerajaan baharu itu turut membabitkan parti haluan kanan, tengah dan kiri, serta parti konservatif Arab-Islam di negara Yahudi itu.

Bagaimanapun, Shtayyeh menegaskan beliau tidak terpengaruh dengan kerajaan baharu itu atau kemungkinan berlaku kemajuan dalam rundingan damai dengan Palestin.

“Kami tidak melihat kerajaan baharu ini lebih baik berbanding kerajaan sebelumnya dan kami mengutuk pengumuman Perdana Menteri Israel yang baharu, Naftali Bennett, yang menyokong pencerobohan warga Israel,” katanya.

Beliau merjuk kepada kelulusan pembinaan Israel di Tebing Barat yang diceroboh.

Shtayyeh menegaskan, kerajaan baharu Israel itu dianggap tidak memiliki masa depan yang baik sekiranya mereka tidak mempertimbangkan hak rakyat Palestin.

“Kerajaan baharu ini tiada masa depan, jika ia tidak mengambil kira masa depan dan hak rakyat Palestin,” katanya. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.