PKPD di beberapa lokaliti di Pahang, Terengganu, Perak

PUTRAJAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Pahang, Terengganu dan Perak mulai Khamis dan Jumaat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan Kampung Baru Tras, Kampung
Sungai Cheetang dan Kampung Sang Lee di Tras, Raub, Pahang serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak mulai 13 hingga 26 Mei ini.

Di Terengganu, ia membabitkan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3 di Mukim Pelagat, Besut mulai 14 hingga 27 Mei ini.

Beliau berkata, ia susulan peningkatan kes secara mendadak dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.