Kekal bersatu di belakang pemimpin parti, Zahid beritahu ahli Umno

Ahmad Zahid mengingatkan ahli parti bahawa Umno mempunyai trek rekod mengemudi negara selama 63 tahun.

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta semua ahli parti untuk terus kekal bersatu di belakang pemimpin mereka.

“Marilah kita sama-sama bersatu untuk memperkasakan pemimpin-pemimpin termasuk pemimpin pelapis agar ada kesinambungan di dalam kita menakhodai negara kita,” katanya dalam mesej video di Facebook rasminya sempena sambutan ulang tahun Umno ke-75 hari ini.

“Umno adalah parti yang paling dipercayai dan manifesto kita atau aku janji kita tak pernah dimungkiri,” kata Zahid.

Zahid turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pemimpin Umno terdahulu yang bekerja keras membentuk parti serta turut menyeru ahli parti untuk mengekalkan semangat yang ada bagi meneruskan perjuangan parti.

Sambil menegaskan Umno adalah parti politik terbesar negara, Zahid berkata Umno turut mempunyai trek rekod mengemudi negara selama 63 tahun.

Dalam hantaran video berasingan di Facebooknya, Zahid mengakui bahawa Umno perlu terbuka dalam menerima rakan politik baharu jika berhasrat untuk mentadbir negara sekali lagi.

Umno yang ditubuhkan pada 1947 itu adalah ketua dalam gabungan parti Barisan Nasional yang memerintah negara selama lebih 60 tahun sebelum Pakatan Harapan mengambil alih pada 2018.

Umno bukan parti komponen kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah ketika ini dan sudah menyatakan pendirian untuk tidak menyokong gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.