Polis tahan tiga beradik disyaki pengedar dadah

[email protected]

Kuala Lumpur: Tiga beradik diberkas polis selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah flat di Jinjang di sini, pada Isnin lalu.

Mereka yang masing-masing dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 30 tahun ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan pertama pada 4 petang itu menahan seorang daripada suspek lelaki dan menemui dadah jenis kanabis anggaran berat 230 gram yang dipercayai untuk dijual kepada pelanggan di sekitar flat itu.

“Penahanannya membawa kepada serbuan di unit lain di flat sama dan menahan dua lagi suspek yang juga adik lelaki itu.

“Hasil pemeriksaan di rumah itu menemui dadah sama yang dianggarkan seberat 70 gram. Nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM750,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek utama ditahan reman tujuh hari sehingga 13 Jun depan, manakala dua lagi suspek ditahan empat hari sehingga hari ini.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Beh berkata, polis menahan dua lelaki berusia 21 dan 48 tahun dan merampas dadah jenis heroin bernilai RM1,271.

Menurutnya, suspek ditahan di kawasan perkuburan di Sentul di sini, pada 1.10 tengah hari Ahad lalu ketika disyaki menjalankan aktiviti pengedaran.

“Semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau dan kedua-dua mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga 12 Jun,” katanya.

Katanya, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.