London: Bintang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah menyatakan sokongannya kepada rakyat Palestin selepas tentera Israel menyerang Masjid Al-Aqsa, Selasa lalu.
“Saya meminta pemimpin utama dunia dan Perdana Menteri di negara yang saya sudah duduki selama empat tahun untuk melakukan segala-galanya menggunakan kuasa mereka.
“Ia bagi memastikan kekejaman dan pembunuhan terhadap mereka yang tidak bersalah dapat dihentikan segera. Sudah-sudahlah,” katanya di Twitter.
Salah adalah antara peledak utama Liverpool apabila sudah meledak 20 gol dan empat bantuan gol sepanjang 33 perlawanan untuk gergasi Liga Perdana Inggeris itu.
Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, sekurang-kurangya 915 rakyat Palestin mengalami kecederaan dari 7 hingga 10 Mei selepas tindakan Israel menyerang penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa dan mengusir mereka dari rumah di Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis.
Tindakan menyebabkan Hamas memberi amaran sebelum melepaskan roket ke arah wilayah dikuasai rejim itu, yang dibalas serangan udara oleh tentera Israel sejak Isnin lalu.
Pada Selasa, Hamas menyasarkan hab ekonomi Israel, Tek Aviv selepas rejim itu mengebom blok bangunan 12 tingkat di Gaza serta melakukan serangan bertubi-tubi di beberapa kawasan termasuk markas latihan pejuang Hamas.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Harian Metro