Search tuntut peniaga henti guna nama band

[email protected]

KUALA LUMPUR: Kumpulan rock legenda, Search termasuk waris pemain dram, Allahyarham Yazit Ahmad menuntut sebuah syarikat menghentikan kegiatan dan perniagaan yang didakwa menggunakan nama band berkenaan tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka.

Melalui kenyataan media, vokalis, Amy; Nasir dan waris Allahyarham Yazit yang mengasaskan Search pada 1981, mendakwa mendapat

maklumat mengenai seorang individu yang menjalankan aktiviti perniagaan menggunakan nama Search tanpa kebenaran.

Kenyataan itu menyebut, antara lain individu terbabit didakwa mengendalikan laman web yang ada kaitan dengan kumpulan Search dan menjual pakaian serta aksesori menggunakan nama band berkenaan.

Tambah kenyataan itu, pihak terbabit turut didakwa menawarkan produk kasut edisi terhad menggunakan nama Search kepada peminat.

“Nasir, Amy dan waris arwah Yazit mengambil nasihat guaman dan sudah mengeluarkan tuntutan terhadap individu terbabit untuk menghentikan semua kegiatan yang dinyatakan itu,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, Amy dijangka tampil pada sesi Instagram (IG) Live pada jam 8 malam esok bagi menjawab soalan yang dikumpul daripada wakil media, mulai hari ini sehingga jam 12 tengah hari esok.

Sementara itu, kenyataan itu menyebut, pada permulaan, Search dianggotai Amy, Yazit, Nasir, Hillary dan Nordin.

“Hillary berundur selepas album ketiga kami, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Kid mengambil alih tempat Hillary dari album keempat, Fenomena.

“Album kami yang terakhir adalah Katharsis dikeluarkan Amy, Nasir, Nordin dan Kid pada 2017.

“Ketika itu, arwah Yazit tidak bermain dalam album terbabit atas sebab

keuzurannya. Seperti yang semua maklum, arwah Yazit meninggal dunia pada 2019.

“Bagaimanapun, ahli Search bersetuju memastikan hak arwah Yazit kepada Search dan kerja beliau untuk band ini sejak 1981 diberi kepada warisnya,” kata kenyataan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.