‘Semua rakyat, termasuk pasangan PJJ perlu berkorban’

[email protected]

Kuala Lumpur: Pasangan jarak jauh tidak dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dalam tempoh dua minggu pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) bermula Selasa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua rakyat perlu berkorban dalam tempoh dua minggu yang kritikal itu.

“Semua rakyat perlu berkorban, ada terpaksa menutup perniagaan dan kilang sementara waktu dan tidak terkecuali buat pasangan jarak jauh.

“Kita buat keputusan untuk tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri bagi pasangan jarak jauh ini,” katanya dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kementerian berkaitan akan mengeluarkan surat kebenaran pekerja dan surat rentas negeri dan daerah yang lama sudah tidak boleh digunakan bermula 1 Jun.

“Dua sumber saja dibenarkan mengeluarkan surat kebenaran iaitu kementerian berkaitan serta polis.

“Cuma saya minta kepada rakyat kita, perlu jujur apabila ke balai polis memohon kebenaran sama ada melawat keluarga sakit sebab banyak kes meragukan.

“Kita mungkin boleh menipu polis, tetapi kita tidak boleh menipu Covid-19 yang berada di mana-mana,” katanya.

Menurutnya, perkara itu berlaku selepas wujudnya kluster hari raya dan difahamkan lebih 200,000 orang berjaya melepasi sekatan polis atas sebab tertentu.

“Bagaimanapun, kesannya selepas Aidilfitri apabila tercetusnya kluster hari raya sehingga mengakibatkan kematian,” katanya.

Berita berkaitan:

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.